Anugerah Blogger Pencetus Pemikiran
Disebabkan keesokan hari saya akan menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu: Kemahiran Berkomunikasi II, maka saya akan menulis menggunakan Bahasa Kebangsaan Malaysia pada hari ini.
Mahendran, rakan sebilik (kalau guna teman, imaginasi anda mungkin akan merayau...) saya ketika saya masih berada di UTP, telah menganugerahkan saya dengan Anugerah Blogger Pencetus Pemikiran (Thinking Blogger Award). Pada pandangan saya, Anugerah ini mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan meme. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa perkataan Anugerah memberi rasa megah dan bangga kepada
Mahen, kebiasaanya menulis tentang isu-isu politik negara dan kehidupannya sebagai seorang pekerja latihan industri di KLCC. Kehidupannya amat menarik disebabkan pelbagai faktor seperti penyaksian "Spiderman" memanjat KLCC, penyeruan pemuda-pemudi untuk mendaftar sebagai pengundi dan sebagainya. Secara umumnya, blog beliau lebih bernada serious berbanding dengan blog
Inilah perasaan dan ekspresi saya ketika saya mengetahui blog saya telah dianugerahkan sebagai Blog Pencetus Pemikiran;
"Ah, terima kasih. Ribuan terima kasih saya ingin ucapkan. Terutamanya ibu bapa saya, pengurus saya, penulis skrip, pengarah, penerbit, krew-krew pentas, tukang sapu sampah, tukang bodek, tukang mekap, Pak Pandir, penglipur lara, jiran tetangga dan makanan kegemaran saya, Rojak. Tidak ketinggalan juga, jutaan terima kasih kepada mereka yang membaca blog saya. Terima kasih."

Seterusnya, saya akan menganugerahkan 5 orang penulis blog yang saya akui, sebagai Blogger Pencetus Pemikiran. Kelima-lima orang ini sering menulis tentang perkara-perkara yang mencetuskan pelbagai pemikiran dalam otak sotong yang kecil ini, dari imaginasi yang bukan-bukan hingga falsafah hidup. Mereka terdiri daripada..

5XMom
Perempuan ini bukan calang orangnya. Seperti yang dicirikan oleh Blogger's Choice Award, jangan menghampiri Mak5X ini, beliau akan menghina kamu sehingga mata dan telinga kamu berdarah. Di sebalik imej seorang wanita yang tegas pendirian

Cedric Ang
Monyet ini telah lama berkenalan dengan Sotong. Namun demikian, apa yang ditulisnya setiap hari tidak pernah gagal menghibur dan mencetus pandangan serta pendapat daripada saya. Monyet dan Sotong bolehlah dikatakan sebagai teman sebaya disebabkan kami baru bermula menulis blog tidak lama dari sekarang dan berpengalaman cetek mengenai hal-ehwal penulisan blog. Apa sahaja yang ditulis si monyet ini, akan saya renungi sebagai contoh penerokaan idea-idea baru bagi penulisan blog. Boleh dikatakan sotong mengambil iktibar daripada tingkah laku monyet ini.
Clayton
Cara penulisan blog Clayton agak berlainan dengan blog-blog yang saya sebutkan di atas kerana Clayton sering menulis tentang pandangan beliau terhadap hidup. Dengan lebih spesifik, kehidupan sebagai seorang manusia, lelaki dan hubungan sesama jantina. Apa yang diceritakan beliau sering mencetus pelbagai fikiran, pandangan dan pendapat kerana isu-isu yang disentuh beliau merangkumi budaya tatatertib sesama manusia hinggalah ke isu poligami.
Jamie
Cara penulisan blog ini agak sukar ditafsir, kerana blog ini bertemakan gambar. Namun demikian, blog ini bukan blog sebarangan, kerana cara mengambil gambar Jamie amat mempersonakan. Setiap gambar yang diambilnya memberikan pelbagai perasaan dari nostalgia hinggalah kegembiraan. Tidak percaya? Kunjungilah blog beliau.

Perempuan Tua (LaoZhaBor)
Orang tua ini bukan main hebatnya. Beliau boleh menyanyi lagu rap, bermain di arked, dan yang paling mengagumkan saya, mempamerkan gambar beliau sewaktu berumur 16 tahun. Justifikasi saya memberi anugerah ini kepada beliau adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana saya sering tertanya-tanya mungkinkah emak dan bapa saya menulis blog pada masa hadapan seperti beliau. KKK (Ketawa Keluar Kuat). XD
Demikianlah upacara penyampaian Anugerah Blogger Pencetus Pemikiran. Tahniah kepada penerima Anugerah dan anda harus memberi anugerah yang sama kepada 5 blogger yang berlainan. Persoalannya adalah, siapakah blogger yang mencetuskan pemikiran anda?
Bob
Yang merepek
Robb


7 xtra squirt(s):
Saya amat bangga menerima anugerah ini. Terima kasih kepada nenek moyang saya yang sudah menjual telur itik masin, Bill Gates yang memberi saya Windows XP, Intel yang membina komputer saya, cikgu saya dari darjah satu yang mengajar saya ABC........
sebaliknya hang yang patut dianugerahkan Blogger Pencetus Pemikiran juga. Lu mia blog memang syok dibaca, syok syok ada tips kesihatan, syok syok jokes, syok syok bahasa Melayu! Oi, besok test Bahasa kan? Semoga anda berjaya dalam akademi anda! Cinta cinta! LOL
sungguh memberangsangkan...
terima kasih, terima kasih
tidak kusangka bikini, cheh begini jua jadinya. Sungguh indah bahasa kebangsaan kita. Bagaikan kacang cap Ngan Nyin! Lemak berkrim kesukaan ramai.
yenadey...i think even true malay blogs dont use such 'flowery' bahasa melayu le...
Fine...my Melayu tak bagus and my england not the podwerful tapi I like to cakap Terima Kasih because anda sudi anggap me as one of those who buat you think think. taking into consideration that you ada lah seorang Sotong and you know what they cakap about sotong "Blur like sotong" and to buat you fikir fikir...wah....its like...i think all of us deserve a hadiah. Hehehe
Post a Comment